Dasar Privasi / Privacy Policy

SME-Point — Sistem Pengurusan Perniagaan & Perakaunan PKS Malaysia

Tarikh kuat kuasa: 13 Jun 2026  |  Kemas kini terakhir: 13 Jun 2026

Notis ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

1. Pengenalan

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana OMNITEK RESOURCES (No. SSM: 202503311365 (NS0315993-M)) ("kami") yang mengendalikan platform SME-Point (https://sme-point.my) mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

2. Data Yang Kami Kumpul

KategoriContoh
Data akaunNama, alamat e-mel, kata laluan (disulitkan), gambar profil (jika log masuk Google)
Data syarikatNama syarikat, no. pendaftaran SSM, TIN, alamat, logo, maklumat hubungan
Data perniagaanRekod pelanggan, pembekal, invois, sebut harga, transaksi, maklumat pekerja & gaji (untuk modul payroll)
Data transaksi langgananRekod pembayaran langganan melalui FPX (kami TIDAK menyimpan maklumat kad atau kelayakan perbankan anda)
Data teknikalAlamat IP, jenis pelayar, log akses, kuki sesi

3. Tujuan Pengumpulan

Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

4. Pendedahan Kepada Pihak Ketiga

Data didedahkan hanya setakat perlu untuk mengendalikan perkhidmatan:

PihakTujuan
ToyyibPay / BillplzPemprosesan pembayaran FPX (langganan & kutipan invois anda)
LHDN (MyInvois)Penghantaran e-Invois — hanya apabila anda mengaktifkan & menghantar
GoogleLog masuk Google (jika anda memilih kaedah ini)
Penyedia pengehosanPenyimpanan data di pelayan yang selamat
Pihak berkuasaJika dikehendaki oleh undang-undang Malaysia

5. Keselamatan & Pengasingan Data

6. Pengekalan & Pemadaman Data

7. Hak Anda Di Bawah PDPA

Anda berhak untuk:

Untuk melaksanakan hak ini, hubungi kami melalui Helpdesk dalam sistem atau e-mel support@sme-point.my.

8. Kuki (Cookies)

SME-Point menggunakan kuki sesi yang diperlukan untuk log masuk dan keselamatan (perlindungan CSRF). Kami tidak menggunakan kuki penjejakan pihak ketiga untuk iklan.

9. Pindaan Dasar

Kami mungkin meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Perubahan ketara akan dimaklumkan melalui sistem atau e-mel. Penggunaan berterusan selepas pindaan bermakna anda menerima dasar yang dikemas kini.

10. Hubungi Kami

OMNITEK RESOURCES (No. SSM: 202503311365 (NS0315993-M))
Level 7 Menara Arina UNITI, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50100 Kuala Lumpur
E-mel: support@sme-point.my